Jumaat, 29 Mei 2020

Tip Untuk Dipanggil Temuduga Kerja (Isi borang kerja)

Salam semua,

Memandangkan skarang adalah musim PKP.....ramai kawan2 kita yg telah kehilangan kerja, tu x campur lagi yang belum bkerja, lagi azab nak cari kerta time2 macamni, so abam nak share sikit tip2 utk isi form kerja, walaupun agak 'basic' tapi masih berlambak yang terrrlepas benda2 simple macam ni, terutama yg baru nak mencari kerja (habis belajar la).
                                               
Tip2 ini abam ambil melalui sedikit sebanyak pengalaman masa nak sorting borang kerja & dari kebanyakan manager2 HR semasa proses nak panggil interview... so kalau korang ada nak kongsi atau ada yg x betul silakan share skali. kita sama2 belajar & bantu kawan2 yg xthu.. x gitu..


Jangan sedih2, rezeki Allah tu ada


Biasanye yang isi borang kerja di syarikat adalah untuk meminta jawatan yang level exec ke bawah (contohnya qaqc assistant, operator, driver forklift & banyak lagi) & level exec ke atas kebanyakannya dorang pakai jobstreet & permohonan online atau direct ke website syarikat.

Ape yg abam list kan ni adalah point utama yg HR akan lihat dulu semasa lihat borang kerja (dengan kate lain yg ni fail terus reject).

1) ALAMAT RUMAH   -  biasenye terletak di bawah nama, & alamat yg perlu diletakkan adalah alamat semasa korang tinggal masa mintak kerja. Kenape ianya point penting, sebab kebanyakan company ingin mendapatkan pekerja yg tinggal dekat dengan tempat kerja (nak2 yg mintak kerja yg memerlukan shift), & sometime boleh melibatkan elaun.

2) Nombor HP    -  Kat sini ramai yg fail, DIINGATKAN yg company biase akan call xlebih dari 3X, so kalau nak minta keje, cara selamat adalah letak no hp backup 1 lagi, klau yg 1 x dpt,  dorang akan cuba no. yg 1 lagi. Sebab ada orang yg lepas 2 minggu call company & tanya status, bila company cek no. yg bagi dah x boleh pakai.


Mane demo ni.....nok keje ke takboh!!!!

                                           
3) Lesen Memandu -   Ada lesen B2 pun dah kira ok, lagi baik kalau ada lesen kereta. Bukan mende,
kebanyakan company nak pekerja yg boleh independent untuk datang kerja, lainla kalau  rumah memang 10 langkah terus depan gate company...kalau memang xde,susah sikit,kecuali memang rezeki dapat call, & company tanya macammana nak datang kerja (banyak  jawapan boleh bagi, asal x tipu)

4) Tahap Belajar / Education Level  -  Tolong sangat2 isi bahagian ni, walaupun ada sesetengah korang xde SPM, (x letak result dulu pun Xpe) tolong masukkan juga sijil ke, PMR ke & kalau boleh tulis sebab  kenape xde SPM, ada yg xde SPM, tapi ada sijil kemahiran, kalau xde, point yg seterusnya yg akan dapat bantu korang. (Banyak cmpany sekarang paling2 rendah akan lihat SPM)




5) Pengalaman Kerja - Isi pengalaman yg sesuai dengan jawatan yg korang mintak, kalau xde pengalaman lagi, boleh letak tempat praktikal, keje part time bagai, yg ni dapat bantu korang  untuk dipanggil interview. JANGAN TINGGAL KOSONG ok!


Tip2 tambahan
  • Tulisan biar jelas,x cantik pun xpe ( ada sesetengah HR lihat tulisan dah tahu watak korang )
  • Kalau hantar borang kerja dulu & belum interview, JANGAN letak "reference"
  • Lagi baik kalau hantar borang sekali dengan "RESUME"
  • Paling lama untuk dapat panggilan 2 minggu, kalau xde, boleh call cmpany tersebut
  • Tuliskan position yg ingin diminta, jangan blank saje (company xtau ape yg korang nak)


Hah, tu la sedikit sebanyak yg abam boleh kongsi, skarang pn ramai kawan2 kita yg sudah kehilangan kerja akibat daripada ekonomi yg jatuh akibat Covid-19. https://www.beritaharian.sg/dunia/msia-hadapi-tekanan-ekonomi-lebih-%C2%BDj-rakyat-hilang-pekerjaan-akibat-pkp


Yg penting jangan putus Asa & yakin lah yg rezeki yg Allah bagi sentiasa ada.


Salam & bye.....



               



























 

2 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Moga dapat memberi manfaat buat yang memerlukan. Blog ni baru lagi kan? Nampak entri baru dua tahun 2020. Semoga semangat untuk terus menulis.

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang menarik. Tapi yang lesen tu biasanya dieorang tak kisah lagi2 kalau area KL. asalkan boleh datang kerja on time

    BalasPadam

ATIE ZIEYA'S GIVEAWAY

 Salam semua, Lepas Raya Haji baru harini abam buka blog. Sibuk sikit sejak 2 menjak ni.  Jom join GA dari Atie ni, & selamat berkenalan...