Isnin, 29 Jun 2020

MOTIVASI kan Dirimu....


Salam semua......

Rasenye dah lame abam x update blog ni....bukan sebab xde idea tapi sebab bulan ni (Jun 2020) boleh dikatakan salah satu bulan yg abam rase sedih, iaitu sebab bulan last bos abam bekerja, dia dah nak bersara selepas berkhidmat selama 15 tahun kat tempat abam keje ( xthu la korang rase lame ke x tapi bagi abam lame).

Abam jarang tengok watak Simpson ni sedih..cam menarik pulak


Selain daripada itu juga, kite masih dalam tempoh PKPB, & kebanyakan norma2 kehidupan normal kite yg dulu sebelum PKP bermula dah beransur-ansur menjadi seperti sediakala. Boleh dikatakan ramai orang tengah mencari kerja & membuatkan aktiviti yg membolehkan duit masyuk.

Untuk entry kali ni, abam nak cakap motivasi sikit. Ye la, tipu la kalau korang xpernah rase down dalam hidup. So banyak cara nak motivasikan diri ni, lain orang lain care. Salah satu cara motivasi abam adalah melalui buku ( Al Quran abam x masukkan sebab tu korang kene paham la tanggungjawab korang sebagai muslim  untuk membaca Al Quran)

3 buah buku yg abam guna sebagai motivasi ni untuk share dengan korang, dari dulu sampai sekarang abam still bace untuk dapatkan motivasi. kire buku ni kesayangan abam la.


Ranking ke -3 : Terapi Patah Hati        Penulis : Salahudin Abdul Razak & Rusydi Ramli (bukan pelakon ye, jangan salah anggap pulak)

                      

Buku yg dikeluarkan oleh Mustread ni tajuknya mungkin agak sedih, nak bace pun takut lagi down. Tapi pepatah Inggeris ada mengatakan "Don't Judge Book By Its Cover". Ape yg menarik tentang buku ni:-
     a - Cerita2 Islamik dari zaman Nabi kita hingga ke sahabat2 Nabi bagaimana diorang melawan rasa kemurungan, putus asa, kecewa yg boleh membuatkan semangat korang datang balik.
     b - Aspek ketuhanan yg menyentuh bagaimana cintanya Allah terhadap terhadap hambanya.
     c - Bahasa yg digunakan mudah & halus, kalau korang hayati betul2 memang boleh bagi hati tenang.
     d-  Ayat Al Quran & Hadis untuk motivasikan diri korang yg gundah, sedih, & down.


Ranking ke - 2 : Berani Gagal (Dare to Fail)     Penulis :  Billi Lim

                        

Buku ni amat famous masa zaman 90 an dulu & menjadi koleksi abam masa study dulu. Amat sesuai untuk korang yg minat berniaga, mula nak berbisness & sebagainya.
        a -  Banyak menceritakan kegagalan berbanding kejayaan, kalau fikir logik akal memang betul,
              dalam Al Quran pun Surah Alam Nasyrah terang terang sebut, "Sesudah kesulitan itu ada
              kemudahan'
        b - Kisah2 tokoh dunia yg dari kesusahan hingga mencapai kejayaan.
        c - Kata2 semangat yg boleh membuatkan korang tersentak sekejap (menaikkan moral)
        d - Mem'positif' kan fikiran tentang konsep kegagalan.


Ranking ke - 1 :  La Tahzan ( Jangan Bersedih/ Don't Be Sad)
  Penulis   :   Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

                    

Salah satu koleksi buku yg abam paling sayang, & mostly ramai orang tahu pasal buku ni & apa yg disampaikan dalam buku ni. Bagi abam amat berbaloi kalau korang dapat baca buku ni sebab dari awal sampai habis korang boleh feeling yg betapa Tuhan tu sentiasa sayang korang. Minda pun tenang & maintain positif.
         a -  Bahasa jangan cakap, halus & boleh menusuk kalbu.
         b -  Ayat Al Quran & Hadis yg dimasukkan amat terkesan dalam hati.
         c -  Kata2 nasihat dari Nabi kita, dari orang2 yg alim dari kita boleh menyedarkan kita.
         d -  Menceritakan tentang erti kehidupan sebenar manusia, rahmah tuhan & ujian yg hadir
               dalam hidup.
         e -  Banyak pengajaran yg boleh diambil dari buku ni.

So tu la sedikit sebanyak abam nak share tentang buku yg boleh memberi korang motivasi, nak2 pada waktu sekarang yg banyak cabaran & dugaan yg perlu kita tempoh. Abam yakin buku2 yg abam cakap tu sedikit sebanyak boleh membantu korang memotivasikan diri & hidup korang.  Salam & Senyum Sokmo...hehehe

"Ape nak sedih2 nak ooi, hidup tetap keno teruskan"


Sabtu, 13 Jun 2020

Diberhentikan Kerja!!! Kenape?????

Salam semua.....Selamat berhujung minggu

Untuk entry kali ni abam nak share 1 citer...citer sedih kalau korang yg pernah kene & rase...DIBERHENTIKAN KERJA...😭

why2??


Bende di berlaku kat 2 org kwan abam, time2 PKP pulak...memang naya tapi tu la realiti...nak x nak kena hadap jugak, tapi yg abam nak share ni pasal kwan abg kat tempat keje, diberhentikan kerja secara mengejut, mase kene panggil dengan HR punya la  hati berbunga2 sebab ingat dapat konpem kerja (die masih under "probation" dengan company). 


Oleh sebab ni, abam sedih2 sangat sebab hilang sorang ahli grup member abam kat tempat kerje, ye la...member lepak, makan & me'onion'...so entry ni abam nak share skit ape yg korang perlu buat alert & buat semasa dalam probation dgn company, supaya kite beringat sebelum kene...


1)  Alert tempoh PROBATION berapa lama 
Sape yg x happy bile dapat offer utk bekerja, tapi korang jangan lupe, ALERT dengan "employment letter" korang. Biasenye kat situ ada mention berapa lame tempoh percubaan korang dengan company.
Biase tempoh percubaan tu bergantung dengan jawatan korang, ada 1 bulan, 2 atau 3 bulan, bergantung dengan syarikat. Mase probation ni korang boleh ambil masa samada serasi atau x dengan kawan sekerja atau environment tempat kerja tu ATAU company yg tengah nilai samade korang sesuai atau x.


2) Selesakan diri dengan tempat kerja
Tempat baru mestila norma baru, bila korang tukar tempat kerja konpem semua berubah, kawan, bos, keadaan sekeliling, cara kerja bagai. Bertenang, korang kena kawal diri & cuba belajar biasakan diri tempat kerja baru. INGAT, tempoh ni mase korang dinilai oleh semua rakan tempat kerja & sendiri, mase ni jugak adalah penentu samada korang boleh 'stay' lama atau tidak di tempat kerja.

Over sangat nih!!


3) Panggilan Penilaian
Dalam sebulan 2 lepas korang masuk kerja, & sebelum tempoh percubaan korang, bos atau supervisor korang akan panggil untuk bagitau penilaian dorang dalam tempoh korang kerja. Aspek yg biasa dorang nilai ialah cara kerja korang termasuk task2 tambahan yg dorang bagi. Tapi jangan lupe, ade juge aspek lain yg dinilai iaitu penampilan, rakan sekerja & termasuk disiplin korang. Masa ni elakkan komunikasi 1 hala saja, jika korang rasa ada benda dari side korang yg betul, jelaskan kt bos atau supervisor korang.


4) Dapat warning
Part ni kire bahaye la klau bos atau supervisor korang bagi warning, contoh ayat : "ni last warning untuk bulan ni, sila improve"....kalau dapat ayat ala2 macam ni korang pandang dari sudut positif, improve cara kerja & apa yg dorang komen masa nilai haritu. Sebab ni mungkin korang x dapat konpem kerja.
"lu jangan main2"



Info tambahan :
  • Biase tempoh "termination" untuk yg belum konpem 2 minggu (kebanyakan company), & klau company x nk, xperlu tunggu 2 minggu, dorang sanggup bayar utk 2 minggu.
  • Lepas dinilai, cube upgrade skill terutama komunikasi dengan rakan sekerja & bos.
  • Kalau x dapat confirmation, tanya mana silap & salah sampai x konpem, sekurang2 korang tahu apa yg perlu ubah & ambil pengajaran kalau dapat tempat kerja baru.
  • Tempoh probation ni juga adalah time untuk korang nilai company baru tu, samada bagus atau x, rakan sekerja, boleh pergi jauh atau x.
  • Kalau diberhentikan masa probation, positifkan minda korang, mungkin rezeki korang x de di company tu.
&, "Perancangan Allah lebih baik"




Jumaat, 29 Mei 2020

Tip Untuk Dipanggil Temuduga Kerja (Isi borang kerja)

Salam semua,

Memandangkan skarang adalah musim PKP.....ramai kawan2 kita yg telah kehilangan kerja, tu x campur lagi yang belum bkerja, lagi azab nak cari kerta time2 macamni, so abam nak share sikit tip2 utk isi form kerja, walaupun agak 'basic' tapi masih berlambak yang terrrlepas benda2 simple macam ni, terutama yg baru nak mencari kerja (habis belajar la).
                                               
Tip2 ini abam ambil melalui sedikit sebanyak pengalaman masa nak sorting borang kerja & dari kebanyakan manager2 HR semasa proses nak panggil interview... so kalau korang ada nak kongsi atau ada yg x betul silakan share skali. kita sama2 belajar & bantu kawan2 yg xthu.. x gitu..


Jangan sedih2, rezeki Allah tu ada


Biasanye yang isi borang kerja di syarikat adalah untuk meminta jawatan yang level exec ke bawah (contohnya qaqc assistant, operator, driver forklift & banyak lagi) & level exec ke atas kebanyakannya dorang pakai jobstreet & permohonan online atau direct ke website syarikat.

Ape yg abam list kan ni adalah point utama yg HR akan lihat dulu semasa lihat borang kerja (dengan kate lain yg ni fail terus reject).

1) ALAMAT RUMAH   -  biasenye terletak di bawah nama, & alamat yg perlu diletakkan adalah alamat semasa korang tinggal masa mintak kerja. Kenape ianya point penting, sebab kebanyakan company ingin mendapatkan pekerja yg tinggal dekat dengan tempat kerja (nak2 yg mintak kerja yg memerlukan shift), & sometime boleh melibatkan elaun.

2) Nombor HP    -  Kat sini ramai yg fail, DIINGATKAN yg company biase akan call xlebih dari 3X, so kalau nak minta keje, cara selamat adalah letak no hp backup 1 lagi, klau yg 1 x dpt,  dorang akan cuba no. yg 1 lagi. Sebab ada orang yg lepas 2 minggu call company & tanya status, bila company cek no. yg bagi dah x boleh pakai.


Mane demo ni.....nok keje ke takboh!!!!

                                           
3) Lesen Memandu -   Ada lesen B2 pun dah kira ok, lagi baik kalau ada lesen kereta. Bukan mende,
kebanyakan company nak pekerja yg boleh independent untuk datang kerja, lainla kalau  rumah memang 10 langkah terus depan gate company...kalau memang xde,susah sikit,kecuali memang rezeki dapat call, & company tanya macammana nak datang kerja (banyak  jawapan boleh bagi, asal x tipu)

4) Tahap Belajar / Education Level  -  Tolong sangat2 isi bahagian ni, walaupun ada sesetengah korang xde SPM, (x letak result dulu pun Xpe) tolong masukkan juga sijil ke, PMR ke & kalau boleh tulis sebab  kenape xde SPM, ada yg xde SPM, tapi ada sijil kemahiran, kalau xde, point yg seterusnya yg akan dapat bantu korang. (Banyak cmpany sekarang paling2 rendah akan lihat SPM)




5) Pengalaman Kerja - Isi pengalaman yg sesuai dengan jawatan yg korang mintak, kalau xde pengalaman lagi, boleh letak tempat praktikal, keje part time bagai, yg ni dapat bantu korang  untuk dipanggil interview. JANGAN TINGGAL KOSONG ok!


Tip2 tambahan
  • Tulisan biar jelas,x cantik pun xpe ( ada sesetengah HR lihat tulisan dah tahu watak korang )
  • Kalau hantar borang kerja dulu & belum interview, JANGAN letak "reference"
  • Lagi baik kalau hantar borang sekali dengan "RESUME"
  • Paling lama untuk dapat panggilan 2 minggu, kalau xde, boleh call cmpany tersebut
  • Tuliskan position yg ingin diminta, jangan blank saje (company xtau ape yg korang nak)


Hah, tu la sedikit sebanyak yg abam boleh kongsi, skarang pn ramai kawan2 kita yg sudah kehilangan kerja akibat daripada ekonomi yg jatuh akibat Covid-19. https://www.beritaharian.sg/dunia/msia-hadapi-tekanan-ekonomi-lebih-%C2%BDj-rakyat-hilang-pekerjaan-akibat-pkp


Yg penting jangan putus Asa & yakin lah yg rezeki yg Allah bagi sentiasa ada.


Salam & bye.....



               



























 

MOTIVASI kan Dirimu....

Salam semua.. .... Rasenye dah lame abam x update blog ni....bukan sebab xde idea tapi sebab bulan ni (Jun 2020) boleh dikatakan salah satu ...